Powered By Blogger

Hai Penang

Apa-apa pun, biar aku ucap syukur kepada si Pencipta. Kerana Dia aku masih hidup, masih dapat rasa pahit masin manis hidup. Biar celaka pun, ini tetap hidup aku. Dan apa yang aku akan lalu.


Syukur sekali lagi, aku pergi dan pulang dengan selamat. Sekejap, biar aku mengeluh dulu.


Haihhhh penatnyaaaa




Aku terasa dua hari yang aku lalu ini antara hari-hari yang terpenat dalam hidup aku. Terkejar sana, terkejar sini. Tapi itulah, Alhamdulillah, semuanya baik baik.


Kalau nak dibuat jurnal, aku rasa apa yang aku nak tulis mungkin lebih dari mana-mana skrip dokumentari dekat dalam dunia ini.


Anginnya aku rasa lain,
Orangnya aku rasa lain.
Aku sendiri, aku rasa lain.


Gambarnya ada, tapi aku maksudkan pengalaman yang aku tak mampu nak sampaikan baik dari segi penulisan, atau isyarat badan. Kalau aku ada extra tangan, mungkin aku sempat nak tuliskan sedikit isi isi penting tentang apa yang aku lihat. Kalau aku ada mata tambahan yang keduanya diletakkan di pipi kiri dan kanan,


mungkin,
aku dapat ingat apa yang aku kagumkan.


Aku juga tak melihat sebarang unsur-unsur rasis disini, seperti apa yang digembar-gemburkan. Dan kebanyakan penduduk bukan Melayu yang banyak memberi masa seketika untuk aku mengenal jalan. That is such big help. Thanks.








Ini saja yang ada dalam simpanan aku. Maaf.











Tiada ulasan:

Catat Ulasan