Powered By Blogger

Artificially Intelligence

Headphone berdentam - dentum, memekak meminta nyawa. Aku tak peduli. Aku tuan kau. Kau anjing aku. Maaf, kebelakangan ini aku gagal dalam menyembur mukadimmah yang elok. Semuanya bergantung pada genre lagu. Lagu itu sahabat. Lagu yang dirakam tak berubah.


Tapi kau berubah.


Dari jendela aku, jalan - jalan tar semakin basah. Hujan mencurah - curah macam tiada petanda untuk berhenti. Dar pesisir jalan, terlihat pelbagai orang. Banyak caranya, bertimbun gayanya.


Ombak yang menghentam kakiku, masih tak ku kenal. Inikan kau?




Ya, manusia berubah. Kita berubah.


Ada yang kesini untuk memulakan hidup baru. Ada yang putih ke hitam, dan hitam ke sesuatu yang lurus jalannya. Aku? Aku sendiri tak tahu. Orang yang boleh mencermin diri kita. Sebab kalau kau menghadap cermin, dan bertanya tentang diri kau, pada diri kau sendiri, kau hanya menipu diri sendiri




Kau pernah nampak seorang budak yang dulunya dipijak hina, dicaci ludah, kini cuba bergelar seseorang yang lain? Aku taknak ungkapkan bagaimana ' lain ' itu, sebab kau sendiri faham.


Aku nampak.


Kau pegang pinggang kau sekarang. Kau ingat tak masa kau hanya setinggi pinggang kau? Kau ingat tak kawan - kawan yang dulunya di belakang kau, kini berbatu di depan kau?


Aku nampak.


Kawan kau yang dulunya terjun satu longkang, satu parit, satu pagar, kini menjadi mangsa fesyen dan mendiskriminasikan kau dengan sehelai baju berjenama Perancis?


Aku nampak.




Kau diberi tiga pilihan,


Jadi keseorangan seperti Forrest Gump.
Jadi seperti mereka,
Atau, kau butakan mata kau.


Aku tak buta, aku cuma tak nampak

1 ulasan: