Powered By Blogger

pendapat aku

Kerlipan mataku lagi deras bersepah dari detikan minit pada monitor komputer ini.


Aku sendiri tak sedar, sudah 6:53 pagi.


Syukur, aku masih boleh duduk, boleh melihat raut wajah ibu - bapaku, masih dalam landasan yang betul. Walaupun aku agak aku merangkak dalam landasan ini. Tapi apa pun, aku tetap lega.


Masih lega.


Aku tadahkan tangan aku bagi menampung berat kepala, entah apa yang dirunsingkan. Mungkin sekadar lagak biasa, lagak kebosanan. Memikirkan tentang sedikit hal - hal yang patut difikir oleh manusia berumur aku.


Itu selesai, ini selesai.


Tapi ada beberapa adegan untuk bahagian tahun ini masih berlubang. Untuk seseorang yang gemar membuat checklist, bukan aku orangnya. Cuma aku takut aku terlepas pandang beberapa perkara yang aku kurang zoom, yang terkurang fokus.


Kadang - kadang seronok juga bila ada yang berlubang ni. Takda la rasa hidup ni senang sangat, ye dak? Macam aku tulis pada entri yang lepas, kesempurnaan memang tak lahir dalam kehidupan. Cuma kita perlu membuat sesuatu yang bermakna, yang boleh kita kata,


'There it is. Alhamdulillah, aku puas hati'

Bila hidup berlubang sana - sini juga terasa barulah 'hidup'. Sekurangnya ada sesuatu yang kita hendak kejar, yang buat kita sedar tak semua benda yang kita idam, turun gedebuk depan mata.


Setiap orang mahukan perubahan, begitu juga aku. Tapi aku tak mahu letakkan perkataan 'revolusi' ataupun 'evolusi', kerana ianya semacam timbang pasar, cukup murah harganya sekarang.


Dalam merancang masa depan, elok lah kita berfikir sejenak dan mengelak dari menggunakan dialog ini pada masa tertentu


'Kalau aku rajin sikit masa tu, mesti aku tak duduk dekat tempat ni dah'

Bukan berkhutbah, cuma betuli diri jua 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan