Powered By Blogger

sekadar singgah

Alhamdulillah


Alhamdulillah syukur kepada yang Atas kerana memberi aku ruang di dalam kamar dunia ini, untuk hidup sekian harinya.


Selamat tahun baru (masihi)


Walaupun sekarang sudah menjangkau dua kosong satu dua, aku rasa bahana setahun sekali ini masih belum puas dinikmati penduduk dunia, biar dalam apa jua cara sekalipun. Tak kisah lah yang mabuk atau pun sujud menyembah tuhan, masing - masing punya alasan tersendiri.


Tahun 2011 sedikit sebanyak (banyak sebenarnya) telah menambah karya dalam galeri kehidupan aku. Ada pengalaman yang aku dah lalu, ditambah asam garamnya. Boleh juga kata ada pengalaman yang belum didengar, tapi tahun ini terus aku rasa. Semuanya serba - serbi. Yang manis, teguklah. Yang pahit terpaksa juga telan. Kehidupan, yang tajam.


Tahun yang singgah ini juga, ingin aku jemput momentum aku. Momentum dalam semua perkara, maksud aku ingin memperbetul mana yang salah, menaik - taraf mana sedia ada. Semuanya macam senang, ia lah, senang untuk taip.


Setiap orang punya aturan hidup bukan?


Aku masih berdiri seorang diri. Dari segala segi rasanya. Masih jejaka_kesepian92 (rare) seperti 19 tahun yang lepas. Juga orang yang kadang - kadang perlukan perhatian bila duduk di perjauhan ini. Tapi aku labelkan hidup aku sekarang sebagai 'gate away', selepas membandingkan nasib - nasib sekeliling yang lagi parah, terlebih sadis. Juga kadang - kala masih dilema untuk menjadi manusia yang baik ataupun sedikit jahat. Kerana nak jadi jahat lagi senang dari sebaliknya. Cuba korek maksud ini guna minda anda.


Ok sambung


Selepas meneliti tahun - tahun yang lepas, apa kata kita ringkas dan padatkan segala cita - cita dan impian kita dalam setahun ini. Yang nak jadi doktor tu, pergi lah lari ke arahnya. Yang nak jadi jurutera tu, pergi lah kejar cita - cita kau. Selagi kita dalam landasan, rasanya tuhan saja yang boleh meletakkan titik tanda noktah pada segala rancangan kita.


Kejarlah cita - cita selagi ia menjadi cita- cita.


Bersama kita lorekkan impian pada badan pokok. Berdoalah semoga pokok itu menjadi banggunan. Lalu lorekkan sebesar telapak tangan menjadi sayap impian sebesar dunia.


Selamat tahun baru.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan