Powered By Blogger

Edisi malam serba kelam

Sudah separa malam, hingar - bingar yang tadinya aku bencikan kini sudah beransur pulang. Suara itu pulang ke tekak empunya manusia, lena dibuai mimpi indah. Saat ini yang aku tunggu setiap masa, masa yang aku guna untuk berfikir sekejap. Maksud aku, berfikir secara keseluruhan bersama kerelevanan yang boleh dikaitkan.


Tidur satu bantal, mimpi sepatutnya lain - lain bukan?


Sekarang ini aku tak berfikir apa - apa. Apa jua, langsung. Aku cuma terasa 'menulis', atau erti kata yang lain menaip. Aku berharap taipan ini mampu menemani pada sesiapa yang membaca, mungkin untuk seminit dua. Sekurangnya aku tahu yang membaca taipan tangan aku ini sedang tidak berbuat apa. Aku memang suka menulis kosong, dan yang membaca ini pasti fikirannya sedang kosong. Betul kan?


Pada ketika ini, aku sedang termimpikan seseorang. Seorang manusia yang sedang tidur, yang aku tak boleh sentuh. Aku teringat dia secara kasar, teringat bagaimana dia masih tidak berputus asa terhadap apa yang negatif terhadap aku. Tetap masih senyum walau aku tahu dia sedang terasa, atau apa jua yang tidak menyedapkan, boleh disuara melalui kata.


Disini aku ingin katakan kepada hati pelengkap rusuk kiri, walaupun aku masih muda untuk menyatakan ini ;


Kalau segunung manusia katakan kau adalah musibah,
bagiku kau adalah anugerah.


Kalau ada yang berkata kau garang serupa buaya,
sini aku ingin sebut, yang kau segalanya.
Selain keluarga.


Terima kasih kerana selalu ada. Terima kasih kerana mengingatkan segalanya.


Huwarghh marilah tidur.. Selamat malam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan