Powered By Blogger

Selepas

Tak silap aku, kali terakhir taipan di sini ialah 7 November 2012. Hampir empat tahun lepas lamanya. Laman sesawang ini kian menjadi sepi di kalangan remaja, yakni mereka sudah menjadi dewasa ketika ini.

Aku baru usai menyalin baju, pulang dari tempat kerja. Rasanya, segala yang berlaku selama empat tahun ketika ketiadaan aku disini amat rumit untuk dimuatkan di dalam diari digital ini. 

Aku sudah hilang arah dalam menulis apa yang terbuku di minda dek kerana pekerjaan aku yang tidak melibatkan urusan yang memerlukan pen. Aku sendiri tidak sangka kehidupan aku berterusan melalui rezeki di bidang penyiaran. Betul lah kata orang tua, sebaik mana kita merancang, tuhan lebih mengetahui.

Sahabat juga makin berkurang tatkala ini. Ada yang pergi menyahut seruan ilahi, menapak seorang diri ke alam barzakh untuk memenuhi rukun seorang manusia, iaitu kematian. Jika difikirkan semula, besar sungguh perbezaan keadaan aku yang sekarang jika dibanding aku pada 7 November 2012. Sungguhlah, manusia dan keadaan berubah.

Kalau tidak orang lain membaca ini, aku sendiri suka membacanya. Tulisan tulisan terdahulu banyak menyedarkan aku bahawa aku tidaklah sebodoh yang aku gambar. Tetap ada perubahan walaupun kecil, dan aku gembira kerana pernah menulis segala yang aku rasa di halaman ini.



Sekian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan