Powered By Blogger

Kolej Muhammad Rashid

Sekarang sekitar jam 2 pagi, September 9 2019. Aku baru saja pulang dari minum minum di ‘Tapak Foodtruck’, Kuala Lumpur bersama Atan, Zaidi, dan Arep. 

Malam ini aku terasa melankolik, tiba-tiba saja teringat kisah-kisah silam. Rindu pada satu sesi hidup aku semasa di Perlis. Hidup ketika itu jauh sekali dari sempurna, kadang-kadang lagi banyak pahit dari manis. Tapi itulah yang selalu dikenang-kenangkan. Kemanakah semua manusia yang dulu mewarnai hidup aku? 

Aku harao semuanya kekal sihat, dipermudahkan urusan dalam kehidupan. 

Tahun demi tahun, macam macam adegan hidup aku lalui. Dari pemergian orang tua sampailah aku kenal orang yang aku rasa, separuh dari aku. Sudah aku sarung cincin di tangannua, hanya menunggu masa untuk menunggu majlis di mana beberapa patah perkataan membuatkan aku menjadi milik dia, dan dia menjadi aku. 

Aku kadang-kadang kaget, mampukah aku layan satu manusia ini semacam orang tua melayan dia? Cembengnya, cerewet makanannya kah, serta segala kehendaknya. Aku keliru. Hari ke hari, aku mulai sedar, dia menerima aku seadanya aku. Aku tak pernah menjanjikan istana, juga hati nyamuk sebanyak 7 dulang. Dia mencintai aku seperti apa aku sekarang. 

Semoga kau yang mencintai aku, akan terus mencintai aku. Semoga aku yang mencintai kau, akan lagi mencintai kau. Pada hari keramat itu, aku ucapkan,

‘Selamat menjadi separuh dari aku’

Selamat malam sayang. Aku merinduimu ketika siang, ketika malam, ketika hari-hari yang aku rasa indah, mahupun malap. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan