Powered By Blogger

Aku Yang Merindumu

Salam sejahtera diucapkan. 


Hari ini tanggal 27 Januari 2020, bersamaan hari Isnin. Jam sekitar 2.50 pagi. Aku baru pulang dari pekerjaan, kali ini untuk program Dansa Dan Sing. 


Saja aku tulis, supaya satu hari nanti aku boleh ulang semula hari ini dalam memori kepala otak.

Hariku semuanya indah. Ditemani emak, kakak, adik, dan juga pasanganku. Tidak lama dari sekarang aku bakal menikahinya. Aku sedikit kaget kerana memikirkan tanggungjawab. Segala galanya harus sempurna. Makannya, minumnya, juga baju dan seluarnya. Aku sendiri rasa suka dan teruja melihatnya seronok. Terfikir aku, indahnya hidup jika dia hanya tersenyum. Aku sentiasa merinduinya. 

Kerap aku ditanya jika aku akan meninggalkan dia kerana masalah kesihatan. Acap kali aku berdoa meminta pada tuhan, bahwa Dia lah pemberi dan penarik sakit. Sihatkan lah dia supaya senyumannya menjadi milik aku. Semula. Sedikit pun aku tak rasa terbeban, malah makin menyayangi satu susuk ini. Semoga aku yang berada di masa hadapan ketika membaca ini, cinta hati ini telah sembuh dan sentiasa tersenyum. 

Satu hari nanti aku akan menikahinya, hidup bersamanya, jika diberi rezeki lalu beranak pinak, kemudian  runsing jika salah seorang dari mereka mula menghisap rokok. 

Lalu aku meninggalkan dunia ini sambil memegang tangan yang lembut itu. InsyaAlah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan