Powered By Blogger

mocha pagi gondola itik

Mata aku merah. Dah lebih 24 jam aku bersekang mata. Rasanya suhu sekarang di bawah takat lebur. Sungguh! Sweater coklat kesayangan terpaksa aku dermakan kepada err perempuan-entah-mana-entah. Eyceh konon romantik la tu. Ye la kot gamaknya.




'Weh tengok pakcik tu, gila betul'


Kenapa kenapa? Pertanyaan refleks. Padahal kita sebenarnya tak ingin sangat pun nak tahu.
Ada sebuah kereta mayat(betul ke?) sedang menyeberang jalan dengan melanggar pembahagi jalan. Warga emas.

Kata si Rudi yang memang orang sini, penduduk kelahiran sini over ego. Ego kerana mereka telah tinggal disitu sebelum lebuhraya itu dibina. Lantak lah pakcik, jangan langgar kami sudah.



Satu persatu tempat yang asing bagi aku, aku lewati. Dari pokok getah terus ke sawah padi. Sekejap, aku baru dapat ilmu baru. Aku pelik tengok petani membakar hampir keseluruhan tanah padi mereka. Aku kira ada unsur khianat. Tapi takkan satu Perlis dibakarnya? Setelah diselidik, rupanya padi yang dah habis dituai akan dibakar, sebelum disemai dengan baja padi baru. Katanya, tanah yang lepas dibakar lebih subur. Aku harap aku macam itu. Aku padi yang hampir ranum. Aku akan dibakar. Dan aku akan tumbuh semula. Tumbuh dengan berkualiti. Gitu ke teori dia? Angguk sikit.



Dah lama aku tak dengar deru angin yang bergesel dengan daun. Atau pun aku baru perasan perasaan itu? Perjalanan ini betul-betul merehatkan sekejap minda aku. Aku bagai duduk di dalam makmal komputer. Terlalu banyak ilmu yang boleh aku dapat. Tapi aku hanya terkurung, dan terkurung. Aku rela keluar jadi anjing untuk mencari benda itu, dari duduk disuap.



Dari Feringghi ke Komtar. Singgah di Teluk Bahang. Nak tahu apa yang istimewa? Tiada 'California Girls', dan so-called Bruno Mars. Takde yang sibuk nak nak jadi artis. Tenang saja aku rasa. Daripada Nabil ke Farhan, baru la saat ini aku dapat lalu Jambatan P.P.


Banyak sangat aku nak cakap, tapi aku rasa sa..ng..a..t men..g..n..tuk. Tengok, dah terkebil-kebil mata aku. Oh ya adik-adik, pelajaran hari ini adalah, lain kali bawa tuala kalau nak pergi jauh-jauh ya?


Ye ke tak?
Depa tak habaq. Salah kan depa la.




Champions are'nt made in gyms
Champions are made from something deep inside them




2 ulasan: