Powered By Blogger

begitu, begini, sebenarnya macam ini

Fizik bukan fizikal. Fizik itu hayat.




"Kalau dia main ragbi mesti aku orang pertama melutut minta ampun sama dia"






Kenapa? Aku pandang Adib, Azhar, dan Bob. Masing-masing menoleh kepala secara sengaja ke sebelah kiri. Ada 3 orang. 2 darinya perempuan, dan seorang lelaki. Lelaki itu gemok, sangat besar. Itu bukan persoalan dia. Selepas monolog luaran terlontar dari mulut masing-masing, baru aku faham poin sebenar dia. Lelaki itu feminin, jauh sekali dari perwatakkan fizikal dia. Bukan dia tak dengar, dan tak biasa dengan cemuhan kotor dari sekeliling, mesti dia ada dengar punya. Setiap perkataan yang keluar bagai tahi anjing dilempar ke muka, itu aku tahu. Setiap mata dingin yang memandang dengan kelopak mengecil seperti anak panah dicampur bisa cobra, itu aku tahu.




Pernah tak kau rasa nafas panas tersangkut pada tengkuk halkum kau? Atau perasaan yang membuak ingin perkataan yang menambah dosa keluar dari mulut? Atau tangan seperti tak terkawal ingin merapatkan jari mengengam, dan menukar fungsinya sebagai batu penghentam?




Tipu kau tak pernah rasa. Aku kagum melihat dia bersabar. Kagum melihat dia hanya tersenyum. Senyum dia lagi perit dari mata panah. Bukan semangat bergaduh dia tinggi, tapi semangat mengharung dunia, memang aku tunduk. Sekurang-kurangnya, itu kelebihan kan? Lagi elok dari orang yang tahu cakap. Kata orang jawa,



'you does'nt walk on your talk'

3 ulasan:

  1. wow.... bahasa ko susah utk org2 sperti ak utk paham~ Good!

    BalasPadam
  2. x+y=k2+xy

    selesaikan persamaan serentak berikut.



    mesti kau faham kan?

    BalasPadam
  3. x value: x+y-xy=2k
    x(1-y)+y=2k
    x=(2k-y)/(1-y)#

    y value: x+y-xy=2k
    x+y(1-x)=2k
    y=(2k-x)/(1-x)#

    k value: k=(x+y-xy)/2

    x mencabar laa~

    BalasPadam